BIODATA
Ustaz Osman Jantan dilahirkan pada 26 November 1937 di Paya Rumput, Tangga Batu, Melaka. Beliau mendapat pembelajaran pertama di Sekolah Melayu Ayer Molek, Melaka dan disambungi dengan pembelajaran madrasah di Melaka dan di Singapura. Beliau melanjutkan pendidikannya di Maktab Perguruan Singapura dan mengajar sebagai seorang guru.
Selain dari jawatan guru, beliau juga adalah pendakwah, penulis, konsular, imam, khatib, Hakim Mahkamah Syariah Singapura, Pegawai kebajikan Jemaah Haji, Pembimbing Kursus haji dan pengarang Majalah Fajar Islam.
Beliau telah menghasilkan 23 buah buku dari buku madrasah, sekolah, cerita kanak-kanak dan kursus haji di antaranya.
Beliau juga terlibat dalam beberapa persidangan deperti Persidangan Pendakwah Sedunia di Libya, Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur dan Persidangan Sedunia Jabatan Penerangan di Jakarta.