Languages:  English  
Currencies:  

40 Hadis

SGD$12.00







Buku berjudul "40 hadis seruan Nabi s.a.w kepada umatnya" yang dikarang oleh ustaz Mustazah bin Bahari merupakan siri ketiga yang telah diterbitkan Dakwah, Latihan & Penyelidikan (JDL), persatuan ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS) bersama dengan syarikat Pustaka Nasional Pte Ltd (PN).

Penulis bukan seorang yang asing dalam ilmu hadis di singapura. Beliau adalah seorang graduan sarjana muda dalam bidang syariah dari Universiti Islam Madinah (2000) dan kemudian menyambung peringkat sarjana dalam Al-Quran dan As- Sunnah di Universiti Kebangsaan Malaysia (2005). Beliau kini sedang membuat program Doktorat pula (PHD) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang fiqh muamalat.

Sebelum ini beliau telah mengusahakan pengumpulan hadis-hadis khusus untuk remaja berjudul "40 hadis untuk orang muda" dan "kompilasi 100 Hadis E-Ahad" terbitan masjid Assyafaah (Singapura).

Dalam buku ini penulisan menggunakan kaedah pengumpulan hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang bermula dengan huruf seruan Rasulullah adalah sebagai penggalak atau motivasi amal bagi umat islam untuk melaksanakan perintah, pengalaman mahupun dalam beberapa watika hubungan antara manusia.

Tidak lain matlamat "siri terbitan - PN (STP)" adalah untuk menyemarakkan dan memperkasakan ketajam kegiatan penulisan karya ilmiah dari kalangan asatizah singapura. Bagi jabatan Dakwah, Latihan & Penyelidikan PERGAS (JDL), ianya adalah selaris dengan rangka menepati pemeriksaan agenda dakwah dan kepimpinan agama di singapura

ISBN : 978-9971-77-576-6

Add to Cart:

  • Model: Kulit Nipis
  • 10 Units in Stock
  • Manufactured by: Pustaka Nasional Pte Ltd & HTHT



Your IP Address is: 54.162.239.233