Languages:  English  
Currencies:  

Batas Langit (Edisi Baharu)

SGD$15.00

Batas Langit (Edisi Baharu)
Mohamed Latiff Mohamed


Sebenarnya, sengsara hidup, kegelisahan manusia akan masa depan, sebenarnya tiada batas untuk dipaparkan, dan di tangan Mohamed Latiff Mohamed, ianya telah dibentangkan dengan pepat dan padat.
- Dr Azhar Ibrahim, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura

Pohon jejawi di tepi perigi Kampung Pak Buyung menjadi ternpat istimewa bagi Adi, seorang kanak-kanak. Di pohon itu dia berangan-angan, fikirkan hal sekolah, mengintai orang dan merenung kehidupan keluarganya yang serba susah. Adi kurang faham dengan pergolakan semasa dan masalah orang dewasa, tetapi dia tahu dia perlu membantu keluarganya menghadapi perpecahan dan kemiskinan.

Tidak semuanya suram - Adi gembira dapat menonton panggung wayang dan bergaul dengan kenalannya yang lebih tua. Namun ketidaktentuan keadaan sebuah negara yang baru merdeka, tuntutan pelbagai pihak dan masalah sosial terus mengancam ketenteraman keluarga Adi dan jiran-jirannya.

Kisah Adi dan pelbagai watak berbilang kaum dalam Batas Latas berlatarkan suasana Singapura pada zaman 60'an yang penuh dengan kegiatan kumpulan haram, pergolakan politik, budaya dan agama, dan peristiwa-peristlwa Konfrontasi, rusuhan dan perpisahan Singapura dari Malaysia yang membawa kesan besar kepada pemikiran dan kehidupan rakyatnya.

Mohamed Latiff Mohamed telah dianugerahi Hadiah Sastera Singapura sebanyak tiga kali, dan pada tahun 2013, menerima Pingat Budaya Singapura.

ISBN : 978-9971-77-831-6
Muka Surat : 287 m/s

Add to Cart:

  • Model: Kulit Nipis
  • Shipping Weight: 230 gram(s)
  • 8 Units in Stock
  • Manufactured by: Pustaka Nasional Pte Ltd



Your IP Address is: 54.91.41.87