Penulis : Imam Bukhari
Penterjemah: Syed Ahmad Semait
Sinopsis
Siri Pertama Shahih Bukhari adalah terjemahan dari buku Arab Jilid pertama karangan Imam Abu Abdillah Muhammad b. Ismail Al-Bukhari (Imam Bukhari). Set yang mengandungi 6 enam jilid ini merupakan karya terakhir oleh Almarhum Syed Ahmad Semait. Beliau telah menterjemahkan sebanyak 2026 hadis ke Bahasa Melayu sambil memberikan rumusan dan analisa bagi setiap hadis. Indeks telah disediakan pada akhir jilid 6 untuk memudahkan pembaca mencari hadis yang tertentu.
Jilid 1 978-9971-77-560-5
Bagaimana permulaan turunnya wahyu ke atas Rasulullah s.a.w. |• Keimanan dan penjelasannya • Ilmu pengetahuan • Pembicaraan mengenai wudhuk • Perihal mandi • Perihal haidh • Perihal tayamum
Jilid 2 978-9971-77-561-2
Perihal shalat |• Menghadap kiblat dan perihal masjid • Batasnya tabir seorang mushalli • Waktu shalat dan keutamaannya • Perihal mulanya azan • Perihal shalat berjamaah • Sifat-sifat shalat
Jilid 3 978-9971-77-562-9
Perihal Jum’at | • Shalatul-khauf (shalat di masa takut) • Perihal dua hari raya dan mengindahkan diri padanya • Pembicaraan tentang shalat witir • Perihal istinja’ dan keluarnya Nabi sebab istisqa’ • Shalatul-kusuf (gerhana matahari) • Sujudul -Quran dan sunatnya • Mengqasharkan shalat. • Tahajjud di tengah malam • Shalat tathawwuk selepas fardhu • Keutamaan shalat di masjid Makkah dan Madinah • Bergerak dalam shalat • As-Sahwu (terlupa dalam shalat)
Jilid 4 978-9971-77-563-6
• Janazah • Wajibnya zakat • Mengenai fardhu zakat fitrah
Jilid 5 978-9971-77-564-3
• Rukun haji • Umrah • Muhshar • Denda pemburuan
Jilid 6 978-9971-77-565-0
• Kelebihan kota Madinah • Shaum (puasa) • Shalat tarawih • Keutamaan lailatul-qadri • Beri’tikaf.
Pustaka Nasional © 2011
All Rights Reserved