Our Writers
  Product and Services
 
 
 

BIODATA

Sabri Buang dianggap sebagai salah seorang pelopor teater alternatif dan kontemporari di Singapura dan Asia Tenggara. Seorang pengarah-pengarang dwibahasa, Sabri memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Teater dan Drama dari University of Hawaii, Amerika Syarikat.


Sabri kini bertugas sebagai Penolong Pengarah dan Pengerusi Program di Sekolah Teknologi untuk Seni di Republic Polytechnic, Singapura. Sebelum ini, Sabri mencipta sejarah bila dilantik sebagai Pengarah (Sinografi) pertama Istana Budaya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian Malaysia. Beliau juga merupakan karyawan Asia pertama dilantik sebagai Ketua, Pusat Pengajian Drama, LASALLE-SIA College of the Arts, satu-satunya pusat pendidikan seni yang terkemuka di Singapura.


Sejak pulang ke Singapura baru-baru ini, kepakaran serta kemahiran Sabri mula diburu oleh para karyawan serta pertubuhan setempat.


Sabri merupakan anak Melayu Singapura yang pertama yang mendalami bidang drama serta teater secara akademik dengan menuntut selama empat tahun di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia. Beliau lulus dengan cemerlang dari USM dan merupakan satu-satunya graduan teater yang berjaya meraih dua pingat emas iaitu Pingat Emas Kenangan Dr. Ranjeet Singh serta  Pingat Emas Yayasan Syed Kechik sebagai pengikhtirafan pencapaian cemerlang dalan bidang akademik.


Sabri merupakan antara golongan karyawan dan pengarah teater serta televisyen yang segelintir yang  mempunyai pendidiikan dan latihan dalam bidang pendidikan jasmani dan memegang Diploma in Physical Education dari College of Physical Education (kini School of Physical Education), Singapore in 1987.


Sabri dihormati sebagai seorang pengarah-pengarang yang berbakat dan telah memenangi banyak anugerah di Singapura dan luar negara. Beliau juga merupakan satu-satunya seniman yang dianugerahkan S. Rajaratnam Scholarship di Singapura.


Sejak usia 15 tahun, Sabri telah meraih pengalaman dalam bidang teater dan telah melahirkan pementasan yang dianggap berani, dinamik serta cutting-edge dan merupakan antara para pengarah yang berjaya dalam bidang teater serta televisyen.


Beliau juga telah melatih ramai pelakon di Singapura, Amerika Syarikat, Norway dan Denmark. Beliau juga telah memempersembahkan karya beliau di Singapura, Malaysia, Romania, Greece, Amerika Syarikat, Venezuela, Norway dan Denmark.


Pada Jun 2000, Sabri telah diundang menyertai Festival Teater Antarabangsa di Slagelse, Denmark yang disertai oleh lebih 20 kumpulan teater antarabangsa. Sabri adalah satu-satunya pengarah Asia Tenggara yang diberikan penghormatan untuk menjayakan festival ini.


Pementasan WAVES/CAGE telah menerima sambutan hangat dari pihak penganjur, karyawan teater serta penonton di sana. Dari kejayaan di festival itu, Sabri telah menerima banyak  undangan untuk menghasilkan karya-karya baru beliau bersama kumpulan teater antarabangsa termasuk Menneken Theatre dari Russia, Mosaic Youth Theatre dari Amerika Syarikat serta Korona Theatre dari Denmark.


Kemahiran, pengetahuan, pengalaman serta Sabri telah diburu oleh banyak  institusi seni serta teater antarabangsa. Dalam bulan November dan Disember 2000, Sabri menjadi pengarah Asia yang pertama diundang oleh pemenang Taller’s Award dari Presiden America Syarikat iaitu Mosaic Youth Theatre di Detroit, Amerika Syarikat. Beliau juga telah mementaskan karya-karya beliau di Singapura, Malaysia, Amerika Syarikat, Romania, Venezuela, Hawaii and Norway.


Sempena FIESTA! 2001 International Experimental Theatre Festival in Caracas, Venezuela, karya Sabri,  WOYZECK: LAST WALK WITHIN memenangi 3 anugerah utama termasuk Penataan Cahaya Terbaik, Reka Set Terbaik dan Penataan Bunyi Terbaik.


Di samping itu, Sabri banyak memberikan sumbangan secara sukarela di badan-badan akar-umbi serta pelbagai jawatankuasa di Majlis Seni Kebangsaan di Singapura dan dilantik sebagai pakar rujuk UNESCO-ITI.


Di Kuala Lumpur, sentuhan artistik serta pengrahannya dalam pementasan-pementasan di antaranya Muzika Hang Li Po, Muzika Rubiah dan Konsert Nur telah meninggalakn kesan yang mendalam. Konsert Ramli Sarip di Istana Budaya serta Konsert Kasih untuk Dana Tsunami arahan beliau telah mendapat sambutan hangat.


Antara projek-projek terpilih yang disertai beliau sejak tahun 1999 ialah :

?LALUAN, Festival of Arts 1999, Singapura

?TEA, The Next Stage Festival, May 2000, LASALLE-SIA College of the Arts, Singapura

?WAVES/CAGE  MODESTEDET 2000, International Theatre Festival,

?Jul- Aug 2000, Slagelse, Denmark

?TALAQ, Unstaged, Oct 2000, Singapura

?MEDEA, Singapore-USA International Artistic Collaboration,

MOSAIC YOUTH THEATRE of DETROIT, Dec 2000, Detroit, USA

?WOYZECK, The Next Stage Festival, May 2001, LASALLE-SIA College of the Arts, Singapura

?SIZWE BANSI IS DEAD, The Next Stage Festival, May 2001, LASALLE-SIA College of the Arts, Singapura

?MEDEA, Singapore-USA International Artistic Collaboration,

MOSAIC YOUTH THEATRE of DETROIT, LASALLE-SIA, SINGAPURA

?SISWE BANZI IS DEAD/CAGE, UNESCO International Theatre Workshop Festival, UNESCO-ITI Chair, July-Aug 2001, Sinaia, ROMANIA

?URI, MIGRATING SOULS: International Festival of Monologues,

Aug – Sept 2001, LASALLE-SIA, SINGAPURA

?SIZWE BANSI IS DEAD/CAGE_D, Projek Kembara, Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, 8 – 14 November 2001, UNIMAS, Sarawak, MALAYSIA

?PROJECT WOYZECK: LAST WALK WITHIN, 5TH Fiesta Internacional Del Teatro San Martin de Caracas, Caracas, Venezuela.


Selain diberikan pengiktirafan untuk hasil penulisannya dalam drama serta cerpen, novel sulongnya JEDA telah memenangi hadiah penghargaan Sayembara Novel Watan dan Anugerah Sastera.

 
 

Nama

Sabri Buang


Umur

56


Tarikh Lahir

12 Disember 1964


Pencapaian

Merit Service Award, 3 Years Service, LASALLE-SIA College of the Arts.


2002,

Hadiah Penghargaan, Sayembara Novel Watan 


2001

Best Set Design, 5th FIESTA! International Theatre Festival Tentro San Martin, Caracas, Venezuela.


Best Lighting Design, (Co-winner with Jean Chua), 5th FIESTA! International Theatre Festival Tentro San Martin Caracas, Venezuela.


1993.

S.Rajaratnam Scholarship, Awards for Post-Graduate Studies., Singapore.


1989/91

Sports Half Colours Award, for Represent University in Soccer,, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.


1990/991

Dr. Ranjit Singh Memorial Gold Medal, Most Outstanding Graduate, , School of Humanities, Pusat Pengajian Kemanusian, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.


1990/1991

Yayasan Syed  Kechik Gold Medal, Most Outstanding Graduate, , Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.


1989/90

Most Outstanding Third Year Student,, School of Humanities, Pusat Pengajian Kemanusian, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.


1988/89,

Most Outstanding Second Year Student,  School of Humanities, Pusat Pengajian Kemanusian, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia.


1988,

Merit Award, Drama, Anugerah Penulisan, Singapore.


1988-1991,

Overseas Bursary,  National Arts Council, Singapore.


1980,

Sports Colours Award,  Singapore Sports Council, Singapore


Hobi




1993 - 1995

MA in Theatre and Drama, University of Hawaii at Manoa, USA


1987 - 1991

  BA (Hons)(2nd Class Upper) in Performing Arts, Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia


1985 - 1987

  Diploma (Credit) in Physical Education, College of Physical Education, Singapore


1984

  GCE A Level (Private Candidate), Singapore


1981 - 1983

GCE A Level, Pre-University Studies, Tanjong Katong Technical Secondary School,  Singapore


1977-1980            

GCE O Level, Tanjong Katong Technical Secondary School, Singapore


1971-1976             

PSLE, Dunman English Primary School, Singapore