Penulis Kami

Kenali penulis-penulis Singapura  

next  
 
 
 

BIODATA

Ustaz Osman Jantan dilahirkan pada 26 November 1937 di Paya Rumput, Tangga Batu, Melaka. Beliau mendapat pembelajaran pertama di Sekolah Melayu Ayer Molek, Melaka dan disambungi dengan pembelajaran madrasah di Melaka dan di Singapura.  Beliau melanjutkan pendidikannya di Maktab Perguruan Singapura dan mengajar sebagai seorang guru. 

Selain dari jawatan guru, beliau juga adalah pendakwah, penulis, konsular, imam, khatib, Hakim Mahkamah Syariah Singapura, Pegawai kebajikan Jemaah Haji, Pembimbing Kursus haji dan pengarang Majalah Fajar Islam.

Beliau telah menghasilkan 23 buah buku dari buku madrasah, sekolah, cerita kanak-kanak dan kursus haji di antaranya.

Beliau juga terlibat dalam beberapa persidangan deperti Persidangan Pendakwah Sedunia di Libya, Persidangan Islam Antarabangsa di Kuala Lumpur dan Persidangan Sedunia Jabatan Penerangan di Jakarta.


 

Nama

Osman Bin Jantan


Umur

73


Tarikh Lahir

26/11/1937


Pencapaian

Anggota Majlis Tertinggi MUIS


Anggota Fatwa MUIS


Anggota Lembaga Rayuan MUIS


Tarikh Meninggal

7 June 2011



Sekolah Melayu Ayer Molek Johor


Sijil Madrasah An-Nuriyah, Madrasah An-Nuriyah (Pondok) Melaka


Sijil Menengah Madrasah Aljuneid, Madrasah Aljuneid


Sijil Ilmu Perguruan Singapura, Maktab Perguruan Singapura


BA UNAS Jakarta, University Nasional Jakarta