Our Writers
  Product and Services
 
 



Yang Pastinya... Cahaya Harapan











 

Nama

Azni Ismail (Jaka Budi)


Umur



Tarikh Lahir



Pencapaian


 

BIODATA


JakaBudi, anak kelahiran Singapura, adalah anak kelapan dari sebelas adik-beradik. Minat menulis timbul kerana kegemarannya membaca esei, sajak, cerpen dan novel. Walaupun tidak berijazah, beliau masih mampu berkarya dengan cukup baik dan penuh karisma. Beliau gemar dengan susunan kata-kata yang indah lagi penuh bermakna. Dengan menulis puisi dan cerpen, beliau dapat meluahkan apa yang dirasa daripada pengalaman dan kehidupan. Mula berkarya pada tahun 1990, tapi lebih cenderung dan terus menghasilkan lebih banyak puisi pada tahun-tahun berikutnya. Buku kumpulan puisi pertamanya yang sudah dilancarkan pada 2nd Aug 2008 berjudul "Di Perhentian Ini...Hijrahkanlah Diri".

Banyak juga puisi-puisi beliau yang tersiar di dada akhbar Berita Harian/Minggu. Hampir setiap minggu pada tahun 2003 sehingga kini, suara beliau berkumandang di udara Radio Warna 94.2 FM dengan mendeklamasikan puisi-puisinya dalam rancangan yang dikelolakan oleh juruhebah bertugas. Hingga kini, beliau masih aktif menulis dan telah menghasilkan lebih dari 200 kuntum puisi, mutiara kata, madah-madah dan beberapa buah cerpen.