Our Writers
  Product and Services
 
 
 

BIODATA

HAFIZA TALIB mula berlakon dalam drama pentas sejak tahun 1985 -1989 di Panggung Victoria dan diberi peluang menulis naskhah teater berbentuk komedi yang bertajuk `Cek Mek Bunga Tanjung’ oleh persatuan SRIWANA pada tahun 1989. 


Kemudian diberi kepercayaan menulis naskhah kedua untuk pementasan Bangsawan `Tajul Arifin’ yang dihidangkan kepada penonton pada tahun 1991 di Panggung Victoria.  Diikuti pula dengan naskah ketiga, Bangsawan `Nurul Hidayat’ ala padang pasir pada tahun 1993 dan turut dipentaskan di panggung yang sama.


Hafiza mula berlakon drama TV dalam tahun 1986 sebagai pelakon tambahan.  Beliau mula memegang watak utama dan yang lebih mencabar mulai dari tahun 1987 –1989.


Naskhah drama TV yang pertama bertajuk “Detik Penyesalan” dihasilkan sebanyak dua siri juga dalam tahun 1987.  Diikuti dengan naskhah-naskhah sandiwara tv yang lain termasuk naskhah–naskhah yang bercorak serius (moden), komedi dan bangsawan.  Di antara naskhah drama tv yang memenangi Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: Skrip Drama TV ‘Merpati Terbang Tinggi’ dalam tahun 1995.  (Anugerah Persuratan dianjurkan oleh Majlis Bahasa Melayu, Kementerian Penerangan dan Kesenian Singapura (MBMS) bermula dari tahun 1993).


Hafiza aktif menulis naskhah-naskhah drama radio dan bangsawan radio dalam tahun 1990an.  Di antara naskhah drama radio yang telah memenangi Hadiah Sastera (Penghargaan) MBMS: ialah Skrip ‘Gerimis Semalam’ dalam tahun 1997.


Beliau juga pernah menulis Cerpen di Majalah Perkahwinan dan Berita Harian.  Hasil karya beliau juga turut disertai dalam Antologi Skrip Drama Radio `Gelombang Kasih’ (Siri Karya Anugerah Persuratan Singapura 1993-2001 (Jilid 6) Penerbit, MBMS.)


Dalam Sayembara Novel Watan I (2001) anjuran PERSADA (Perikatan Sayembara Daya Cipta), Novel ‘Lambaian Kasih’, tulisan beliau telah memenangi tempat ketiga dan masih berada di pasaran (cetakan kali kedua).


Diikuti pula dengan sebuah lagi novel beliau yang bertajuk `Janji Masyita’ yang telah memenangi Anugerah Gangsa dalam Sayembara Novel Watan II (2004) anjuran PERSADA yang juga masih berada di pasaran.  Penerbit bagi kedua-dua novel tersebut ialah Pustaka Nasional Pte Ltd.


Drama Radio yang terbaru tulisan beliau bertajuk `Main Saham’ (2006) dan Drama TV `Cinta Q’ Episod 7 (2006) telahpun disiarkan.


Sebagai penulis novel, beliau juga pernah ditawarkan oleh Majlis Bahasa untuk mewakili Singapura dalam Program Penulisan MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) 2006 di Bogor, Indonesia.




Janji Masyitah






Lambaian Kasih




Buku Audio Lambaian Kasih (9 CD)






Goresan Emosi Antologi Skrip Drama Radio






Titisan Darah terakhir




 

Nama

Hapsah Talib (Hafiza Talib)


Umur

47


Tarikh Lahir



Pencapaian

2008

Hadiah Penghargaan, Sayembara Novel Temasek


Tempat Ketiga, Sayembara Potret Sajak


2004

Anugerah Gangsa, Sayembara Novel Watan II


2000

Hadiah Ketiga, Sayembara Novel Watan


1997

Hadiah Sastera (Penghargaan) Skrip Drama Radio, MBBS


1995

Hadiah Sastera (Penghargaan) Skrip Drama TV, MBBS


Hobi

Menulis, membaca dan mendengar radio


Sekolah Menengah Telok Kurau


Sekolah Menengah Sang Nila Utama