Our Writers
  Product and Services
 
 
 

BIODATA


Djamal Tukimin dilahirkan di Singapura pada 20 Oktober 1946.  Sejak zaman persekolahan lagi Djamal telah menaruh minat yang besar dalam bidang kesusasteraan .  Sekitar awal tahun 1960-an Djamal sudah memiliki buku puisi Setanggi Waja karya penyair Noor S.I.  Penglibatan Djamal dalam sastera Melayu bermula  ketika beliau menyertai peraduan menulis cerpen sempena Bulan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan Singapura pada tahun 1963.  Cerpen tersebut memenangi hadiah pertama dan dimuatkan dalam majalah Suara Belia terbitan Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu Singapura (4PM) pada tahun 1963.  Selepas itu beliau sering memenangi peraduan  menulis dan baca puisi (sajak) .


Pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an bersama-sama teman penyair muda seperti MIA, Haron Abdulmajid dan lain-lain mengasaskan dan memimpin sekumpulan penulis/sasterawan muda yang dikenali sebagai Grup Gelorasa yang cuba memberi nafas baru terhadap kegiatan dan penulisan dunia sastera Melayu moden.  Grup Gelorasa bukan saja menghasilkan karya-karya sastera yang ditampung oleh surat khabar tabloid dan mingguan, bahkan menumpukan perhatian kepada peningkatan apresiasi sastera dengan menyuburkan kembali pembacaan puisi di tengah-tengah lapisan masyarakat.


Sejak awal tahun 1981-an, Djamal gemar menulis kritikan teater/drama sehingga melakukan kajian mengenai sejarah perkembangan teater moden Melayu pasca perang hingga ke akhir tahun 1980-an.  Kajian ini pernah dibentangkan dalam sebuah seminar dan sering menjadi bahan rujukan baku terhadap perkembangan pemikiran teater di Singapura.  Kajian ini dimuatkan dalam jurnal Dinamika Budaya sebuah kumpulan esei budaya Melayu di Singapura moden.  Hasil kajian ini juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan dimuatkan ke dalam jurnal sastera Singa terbitan Kementerian Pembangunan Masyarakat – MCD (sekarang Kementerian Penerangan dan Kesenian – MICA ).


Karya-karya Djamal telah dimuatkan dalam Gema Meblah Gema II (KL,1972), Puncak Sembilan (Singapura,1975) , Penyair-penyair Singapura Muda Di Tengah Forum Masyarakat  (Singapura,1977), Puisi-puisi Nusantara (Kl, 1981), The Poetry of Singapore (Singapura, 1985) , Tiga Warna Bertemu (KL, 1987) , Dinamika Budaya (Singapura, 1991), Resan dan Kesan Kumpulan Makalah Sempena Bulan Bahasa (Singapura, 1992), Rhythm (Singapura, 2000) , Embun Tajjali (Yogyakarta, 2000) , Citra Minda (Singapura, 2003) dan Legasi – Antologi Puisi Nusantara (Shah Alam, 2006).


Sementara karya perseorangan Puisi-puisi Muhajjir (Singapura, 1977) , Betapa Pun Begitu Nyanyian Rindunya Si Anak Geylang Serai (Singapura, 1999) dan Betapa Pun Begitu Pada hari Berkah Ini Cinta Masih Tersisa (Singapura, 2003).  Sementara itu buku Arus Teater Singapura merupakan esei teaternya yang pertama.  Karya yang lain adalah Sejarah Tidak Pernah Luka Kita Yang Berduka (kumpulan esei sastera 1971-2005), Imam (sebuah novel “kaum muda”), Seekor Kerbau Hitam Legam Dalam Mimpi Sang Pangeran Tomtom (naskah teater satira), Kulayarkan Bahtera Derita Di Atas Gelombang Air Mata ( Surat-surat Ketulusannya Zaihasra Kepada Djamal Tukimin), Cinta Adalah Makrifat (kumpulan puisi), dan beberapa buah naskah buku agama.


Beliau pernah menghadiri World Poetry Reading Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan dianugerahkan sebagai Budayawan Seni Kemining pada tahun 2002.  Djamal adalah penulis sepenuh masa baik menulis untuk fiksi mahunpun non-fiksi.  Kini Djamal sedang mengedit kembali ( revised) tulisannya mengenai pemikiran dari tokoh-tokoh budayawan yang telah berjasa di Alam Melayu.


Selain menulis sepenuh masa, Djamal Tukimin banyak memberi ceramah, pembimbing bahasa Melayu/Indonesia, mengkaji dan menulis kertas kerja sastera dan teater disamping budaya pada umumnya serta dakwah baik di dalam mahupun di luar negara.


Djamal Tukimin, poet-playwright-essayist, is well-known among the Malay literary and performing arts circles in Singapore for his poetry, essays and critiques on development of the local arts scene, literary and theatrical works, and his efforts in researching local theatre development and archiving the works of local writers. His contribution to local and regional arts development was recently recognised with him being given the Tun Seri Lanang 2007 Award by the Malay Book Council of Singapore.


Djamal Tukimin’s involvement in the Singapore Malay Literary Arts scene began he first took part in a short story competition in 1963. Since then his literary expressions were more focused in poetry writing and reading.


In the late 60s and early 70s, Djamal Tukimin and a few other young poets founded and led a grouping of writers called Grup Gelorasa. Their aim was reinvigorate and inject new directions into the Malay literary arts scene after separation from the Malay Federation. Grup Gelorosa not only produced creative works published in newspapers and tabloid, but they also held literary appreciation activities through poetry recitals held acrosss the community.


Since early 1980s, Djamal Tukimin has written numerous theatre critiques and research articles. His research into the history of the post-war modern Malay theatre become standard reference material. To date, he has published three collections of poems, and an anthology of essays.


Nama

Djamal Tukimin


Umur

64


Tarikh Lahir

20 Oktober 1946


Pencapaian

2007

Anugerah Tun Seri Lanang


Anugerah Warisan Kencana


2002

Budayawan Seni Kemuning


1963

Hadiah Pertama (Cerpen)

Bulan Bahasa Kebangsaan



Hobi



Sekolah Melayu Telok Kurau