Our Writers
  Product and Services
 
 
 

BIODATA


Ahmad Awang atau nama penanya Hamdi Wangi. Dilahirkan pada 1 May 1939 di Pulau Tekong Besar, Singapura. Menerima pendidikkan hingga darjah 4 sekolah Melayu Kampung Selabin, Pulau Tekong Besar, Singapura (1947-1951). Dan melanjutkan pelajaran sehingga darjah 6 (Pr. 6) di Pulau Tekong English School (1954-1958).


Pernah mengikuti Bengkel-Bengkel Penulisan Cerpen, anjuran Angkatan Sasterawan ‘50 (ASAS ‘50). Penulisan Skrip Drama Radio (SBC), kelolaan Sdri Surtini Sarwan.  Penulisan Skrip Drama TV (SBC), dibawah bimbingan Sdr Rahman Daud.


Minatnya untuk menjadi cerpenis bermula dengan cerpen pertamanya berjudul ‘40 TAHUN’ tersiar di Berita Minggu. Pada 22 Februari 1977. Selain menulis cerpen, Ahmad Awang juga pernah menghasilkan dua buah novel kanak-kanak berjudul ‘TERDAMPAR : Solo Enterprises, Singapura (1982)’ dan TERJEBAK : Persama Enterprise, Singapura, (2005). Sajak (Puisi), skrip drama tv, skrip sandiwara radio, (SBC), citarama radio, sandiwara radio (Warna 94.20), drama pentas, ulasan buku dan artikel (Esei) di ruangan Dwi Bahasa (Melayu) di akhbar Straits Times.


Setakat ini cerpen-cerpennya yang telah dibukukan di dalam antologi-antologi bersama ialah TEMASEK : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1987) ’, ‘JAMU : First Printer, Singapura, (1988) ’ dan PERTEMUAN KEDUA : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur (1995)’ .  MENYONGSONG PELANGI , Edisi khas sempena 55 tahun asas ’50, 2005. Kumpulan cerpen sendirian sebanyak 15 buah cerpen dengan judul DETIK-DETIK MASA : Angkatan Sasterawan ’50, Singapura, (1999). MENCARI PELANGI MALAM : Pustaka Nasional, Singapura, 2001.


 

Nama

Ahmad Awang(Hamdi Wangi)


Umur

73


Tarikh Lahir

1 May 1939


Pencapaian

Hadiah pertama, peraduan menulis Cerpen Kanak-Kanak, Anjuran Persatuan Pesuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM). Dengan judul cerpen `MENCURI’ .


Tempat kedua peraduan menulis Skrip Drama Pentas. Anjuran Persatuan Kemuning. Dengan drama berjudul `MENJELANG SENJA’.


Tempat ketiga, peraduan menulis Esei. Anjuran Kementerian Kebudayan, sempena Bulan Berbudi Bahasa.


Tempat ketiga, peraduan menulis  dan  membaca Puisi berjudul ‘HUJAN BATU’ Anjuran Warna 94.20. Sempena Bulan Bahasa. tahun 1993. Di Theateric, Word Trade Center.


Hadiah penghargaan, menulis cerpen. Anjuran Kementerian Pembangunan Negara (MCD), dalam Peraduan Menulis Cerpen Kebangsaan. Cerpen berjudul `PAIP BENGKOK’ . Pada tahun 1985. 


Hadiah penghargaan, dalam sayembara puisi, anjuran Persatuan Wartawan Melayu Singapura (PWMS). Pusi berjudul ‘MALU’.


Hadiah Penghargaan dalam peraduan menulis Novel Watan, anjuran Perikatan Sayembara Dayacipta (PERSADA). MENCARI PELANGI MALAM.



1947 - 1951

Darjah 4, Sekolah Melayu Kampung Selabin, Pulau Tekong Besar, Singapura


1954 - 1958

Darjah 6, Pulau Tekong English School